salam

Kata Aluan


Selamat datang ke blog yang tak seberapa ini. Ilmu dan pengalaman dikongsi bersama agar mendapat petunjuk daripaNya.
Bersama kita menyebarkan kebaikan..selamat melayarinya.

Sunday, October 17, 2010




"Pendedahan Ekslusif Score A Programme!"

Betulkah Score A boleh membantu anak anda untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang?
Di dalam anda akan didedahkan tentang apa sebenarnya Score A dan adakah ianya dapat membantu anak anda dalam peperiksaan nanti.

Jika anda berminat untuk mengetahui tentang Score A programme dan adakah ianya dapat membantu anda... mesej ini merupakan mesej terpenting yang anda pernah baca.

Jadi ini ceritanya. Score A programme merupakan program yang dikeluarkan oleh Kenshido International pada tahun 2002 dan dikatakan program webducation paling baik pernah dikeluarkan di Malaysia.

Betul ke?

Saya memang skeptik dengan program yang kata ianya terbaik. Apa buktinya? Saya mencari-mencari dan terjumpa sesuatu yang menarik. Berdasarkan kajian dibuat selama tiga tahun, 93% daripada pelajar-pelajar UPSR dan PMR yang menggunakan Score A programme ini berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan.

Macam mustahil... macam mana boleh macam ni? Ingatkan ramai orang dapat markah "biasa-biasa" sahaja dalam peperiksaan ni?

Setelah kajian dibuat, saya perasan bahawa ianya berdasarkan output learning di mana anak anda akan mempelajari daripada nota-nota yang diberi dan diberi latihan secukupnya. Lagi banyak latihan, lagi tinggi kefahamannya tentang sesuatu topik.

Itu biasa kalau nak belajar kan? Tapi ada sesuatu yang menarik --- ianya mengandungi lebih daripada 3000 soalan untuk anak anda. Dia tidak akan merasa bosan menjawab soalan-soalan di dalamnya kerana semuanya unik.

Dan apabila dia mendapat soalan yang sama, dia akan berasa soalan itu kacang sahaja sebab dia pernah membuat soalan lagi susah daripada itu.

Dan bukan itu sahaja.
Barulah saya tahu bahawa anak anda berpeluang untuk masuk Top 100 Honours Roll. Dalam list ini, hanya 100 pelajar terbaik sahaja yang akan masuk. Dan jika anak anda ada di dalamnya, kemungkinan besar anak anda akan mendapat A dalam subjek tersebut.

Pelajar SPM juga ada yang mendapat keputusan cemerlang seperti 9A1 1A2 dalam peperiksaan setelah menggunakan program ini. Tidak ada yang mustahil jika anda berusaha lebih sedikit menggunakan Score A.

Pernahkah anda mendengar tentang quantum leap? Ianya berlaku apabila seseorang itu mengalami satu perubahan yang amat drastik seperti ada sesuatu yang menggoncang dunianya dan menyebabkan dia tersedar daripada tidur.

Sama juga dengan program ini. Ianya boleh membantu anak anda mendapat quantum leap yang diperlukannya untuk berjaya dalam peperiksaan besar itu nanti.

Melalui program Score A, pelajar boleh mendapat pelajaran di mana-mana sahaja.

Kalau semua gagal, Score A mungkin pilihan alternatif terbaik anda.



Apa yang akan anda dapat dengan program Score A ini?
Direka khas unuk membantu anak anda, ianya juga mempunyai 2 ciri-ciri khas untuk ibu bapa.

1. eTopic

Di sini anak anda diberi soalan-soalan mengikut topik setiap subjek. Untuk memudahkannya faham, 15 soalan setiap subjek akan diberikan dan ada 3 set soalan untuk setiap topik tersebut.

Kalau satu subjek (Matematik contohnya), ada 10 topik, jadi dia akan mendapat 450 soalan (15 x 3 x 10 = 450)

2. eNational Trial Exam

Peperiksaan percubaan secara online juga diadakan serentak di seluruh negara. Dengan membuat soalan ini, pelajar-pelajar yang menggunakan Score A akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

3. eTrial Exam

Modul ini dicipta untuk memastikan anak anda seolah-olah menjawab peperiksaan sebenar di mana ketika pelajar menjawab soalan, akan ada Countdown Timer berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar.

Kalaulah dia tak siap dalam masa yang ditetapkan, soalan akan "tertutup" dan anak anda tidak lagi boleh menjawabnya.

Dengan ini dia akan lebih sensitif dengan masa dan takkan leka bermimpi semasa peperiksaan.

Ada 10 set soalan eTrial Exam yang boleh diambil oleh anak anda yang mana terdapat 400-500 soalan setiap subjek dan bergantung epada tahap belajar mereka.

4. eAssessment

Berbanding dengan cara tradisional di mana anak anda terpaksa membuka buku untuk belajar, eAssessment membolehkan anak anda belajar dalam bentuk games bermula pada tahap easy.

Kemudian, jika dia dapat menjawab 80% daripada soalan-soalan diberi dengan betul, dia akan berada di tahap itu sehinggalah berjaya.

Dan kalau dia sentiasa "gagal" untuk mencapai 80% pun, dia sebenarnya telah didedahkan dengan soalan tersebut banyak kali sehinggakan nanti masa peperiksaan sebenar dia tahu betul-betul apa jawapannya kerana terpaksa jawab soalan tersebut!

Soalannya juga dipilih rawak jadi dia takkan rasa bosan membuatnya walaupun dia masih lagi pada tahap yang sama.

Dan ya, ada dekat 1000 soalan bagi setiap subjek dalam eAssessment ini.

5. ePast Year Exam

Satu-satunya e-learning portal yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Ya, mereka boleh buat terus soalan-soalan peperiksaan dahulu-dahulu di Score A portal.

1. eProgress (khas untuk ibu bapa)

Seperti yang anda tahu budak-budak ni susah sikit nak percaya. Jadi eProgress membolehkan ibu bapa untuk memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Ini memudahkan ibu bapa diberitahu tentang semua latihan-latihan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

Anda juga akan diberitahu tentang bilangan soalan percubaan yang telah dilakukan oleh anak anda bagi setiap topik. Maklumat ini membolehkan anda mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

2. eNotes

Anak anda juga akan diberi eNotes, nama glamer untuk nota ringkas tetapi padat dan ianya disediakan oleh guru-guru pakar mata pelajaran dari seluruh Malaysia. Ianya boleh membantu anak anda untuk mengulangkaji dan membuat rujukan dan berkonsepkan peta minda (senang kaitkan antara satu fakta dengan fakta lain).

3. eDictionary

Kalau ada terma yang susah difahami, eDictionary boleh membantu. Ianya dicipta khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan matematik untuk membantu anda menterjemah perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.

Tak payah lagi belek kamus tebal untuk mencari makna satu perkataan.

4. Ibu Bapa: eReport Card (Online dan SMS) untuk ibu bapa

Melalui eReport ini anda akan diberitahu setiap kali anak anda menjawab soalan dalam portal pendidikan Score A itu. Segala keputusan, masa yang diambil, serta topik yang dijawab akan dihantar serta merta kepada telefon bimbit anda (kalau anda nak, anda boleh juga melihatnya di Internet).

Ini memudahkan ibu bapa memeriksa prestasi akademik anak dan membantu anda mengetahui kekuatan dan kelemahan anak anda. Walaupun anda di pejabat, anda masih lagi boleh memantau anak anda (jadi anda tahu dia tak merayap sana sini masa anda tidak ada di rumah!)

Jika anda mahu, anda boleh membantunya untuk memperbaiki kelemahannya dan disebabkan ianya "instant", anda akan mengetahui masalah dihadapi anak anda dengan cepat dan tidak lagi bergantung 100% kepada laporan sekolah (yang hanya diberikan di pertengahan dan apabila dekat nak exam sahaja).

5. Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia

Nak tahu performance anak anda berbanding pelajar-pelajar top negara ini? Anda boleh mengetahuinya di Honor's Roll Score A. Di sini anda akan mengetahui di mana dia berapa berbanding 100 pelajar terbaik bagi setiap subjek.

Jika anak anda tersenarai di sini, kemungkinan besar dia akan berjaya dalam exam sebenar nanti.

Ini juga secara tak langsung menggalakkan anak anda kerana kebanyakan budak tak suka kalau ada orang lebih baik daripada mereka. Mereka juga teringin nak jadi salah seorang top 100 untuk subjek yang mereka gemari.

Bolehkah Anda Mendapat Pendapatan Lumayan Dengan Score A?
Soalan ini sering ditanya kepada mereka yang ingin membuat duit dengan program Score A. Bolehkah anda betul-betul buat duit dengan program Score A ini?

Kita lihat kembali beberapa fakta tentang program Score A.

100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
Ada 250,000 soalan di dalam bank soalan
Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan
Boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan ada Internet. di Cyber Cafe, di rumah, di Starbucks, atau cafetaria yang ada Internet. Anda boleh memasuki laman web Score A 24 jam sehari, bila-bila masa yang anda mahukan.
Produk keperluan: semua ibu bapa di Malaysia mahukan bahan pembelajaran terbaik untuk anak mereka
Perniagaan yang baik untuk dunia dan akhirat. Tolong anak anda dan anak orang.
Komisyen amat lumayan. Tidak ada kos fizikal, hanya jual nombor. Modal sekali, untung banyak kali. Contoh perniagaan berjaya dengan model perniagaan ini ialah Astro, syarikat komunikasi seperti Maxis, Celcom, dan Digi.
Perniagaan ini juga mempunyai pasaran yang amat besar.

lebih daripada 500 ribu pelajar tahun 1 masuk sekolah setiap tahun.
Terdapat 5 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 3.
lebih daripada 410 ribu pelajar menduduki PMR pada tahun 2009 sahaja. Setiap tahun pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan ini. Mungkin kawan anda, saudara anda, bahkan anak anda sendiri akan melaluinya.
Peter Drucker, orang yang mencipta terma "knowledge worker", orang yang digelar oleh BusinessWeek pencipta pengurusan perniagaan mengatakan bahawa WEBUCATION, the fast growing Business Opportunity. Ini menunjukkan pembelajaran online adalah sesuatu yang telah dijangkakan akan meletup suatu hari nanti (dan ya, sekarang ianya memang sedang berkembang pesat) .

Salah satu sebab kenapa ramai sangat orang tidak membuat duit dengan program Score A ialah mereka tak tahu apa yang patut mereka buat untuk mendapatkan pelanggan. Itu tidak sepatutnya berlaku.

Dengan sistem yang betul, anda boleh mendapat pendapatan lumayan melalui program ini. Untuk maklumat lanjut sla hubung saya (Ammar) di di 013-353 4956 atau anda boleh hubungi saya menggunakan borang pernyataan saya sediakan dengan klik sini.

Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk mendapat pendapatan lumayan dengan program Score A ini.

Monday, October 4, 2010

KELAS PENGAJIAN AL-QURAN, TAJWID & FARDHU 'AIN DI KEDIAMAN ANDA.
( SEKITAR KERAMAT, SETIAWANGSA, SETAPAK, WANGSA MAJU & HULU KELANG )


TERBUKA KEPADA :
1) PELAJAR2 SEKOLAH RENDAH
2) PELAJAR2 SEKOLAH MENENGAH
3) GOLONGAN BELIA
3) GOLONGAN DEWASA
* BERPENGALAMAN MENGAJAR AL-QURAN DAN FARDHU 'AIN SELAMA 6 TAHUN DI SEKOLAH RENDAH AGAMA SEKITAR KUALA LUMPUR
* MEMPUNYAI SIJIL TAULIAH MENGAJAR YANG DI KELUARKAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( JAWI )
HUBUNGI:
HELMI
019-2665057

Tuesday, September 28, 2010

bang ngah & kak cik jihah

besama mak & ayah

memohon kemaafan di pagi raya

mak & ayah tersayang

raya pertama sebagai suami isteri

jelingan manja isteri tersayang


Wednesday, September 1, 2010

YANG DIANGGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN

DAN HAL-HAL YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN.

Oleh
Ahmad Sabiq bin Abdul Latif

Pada kesempatan lalu telah dikupas masalah mahram bagi wanita. Nah pada kesempatan kali ini, kita semak perbahasan tentang beberapa kekeliruan sebahagian di kalangan kita dalam memahami mahram. Dilanjutkan tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan mahram. Semoga bermanfaat.

DIANGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN

Disebabkan kecuaian di dalam mendalami ilmu agama Islam, maka ramai kita jumpai mempunyai beberapa anggapan yang keliru di dalam hal berkaitan mahram. Akibatnya, secara automatik ia mebawa kepada hal yan fatal, orang-orang yang sebenarnya bukan mahram dianggap sebagai mahromnya. Sangat ironis, tetapi demikianlah kenyataannya. Oleh kerana itu diperlukan penerangan secepatnya.

Berikut ini beberapa orang yang sebenarnya bukan mahram tetapi dianggap mahram tersebut:

[1]. Ayah Dan Anak Angkat.
Hal ini berdasarkan firman Allah :
"Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu." [Al-Ahzab: 4]

[2]. Sepupu (Anak kepada pakcik/makcik).
Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menyebutkan jenis-jenis orang yang haram dinikahi:

"Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian. [An-Nisa': 24]

Menjelaskan ayat tersebut, Syaikh Abdur Rohman Nasir As-Sa'di berkata:

" Hal itu seperti sepupu (dari sebelah ayah) dan sepupu(dari sebelah ibu)". [Lihat Taisir Karimir Rohman hal 138-139]

[3]. Ipar.
Hal ini berdasarkan hadits berikut:
"Waspadailah oleh kalian daripada masuk kepada para wanita, berkatalah seseorang dari Anshor: "Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (kerabat suami)? Rasulullah bersabda; "Al-Hamwu adalah merupakan kematian". [HR Bukhori; 5232 dan Muslim 2172]

Imam Baghowi berkata; " Yang dimaksud di dalam hadits ini adalah saudara suami (ipar) kerana dia tidak termasuk mahram bagi si isteri. Dan seandainya yang dimaksudkan adalah mertua sedangkan dia termasuk mahram, lantas bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang bukan mahram?" Lanjutnya: "Maksudnya, waspadalah terhadap saudara ipar sebagaimana engkau waspada dari kematian".

[4]. Mahrom Lakonan.
Kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang `berlakon' sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar. Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ; "Ini termasuk bid'ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari'at. Dan merupakan tangga kemaksiatan".

JENIS-JENIS MAHRAM

[A]. MahrAm Kerana Nasab (Keluarga)
Mahram dari sudut nasab adalah yang disebutkan oleh Allah Ta'ala di dalam surat An-Nur 31:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:

Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada :

suami mereka, atau

ayah mereka, atau

ayah suami mereka, atau

anak-anak lelaki mereka, atau

anak-anak lelaki suami mereka, atau

adik beradik lelaki mereka, atau

anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki) mereka, atau

anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki), atau

wanita-wanita di kalangan mereka, atau

hamba-hamba yang mereka miliki, atau

pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung"

Para ulama' tafsir menjelaskan: " Sesungguhnya lelaki yang merupakan mahrom bagi wanita adalah yang disebutkan dalam ayat ini, mereka adalah:

[1]. Ayah

Termasuk dalam katagori ayah (bapak) adalah datuk, baik dari bapak mahupun ibu. Juga bapak-bapak mereka ke atas. Adapun bapak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan firman Allah Ta'ala;

"Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu …. "[Al-Ahzab: 4]

Dan berkata Imam Muhammad Amin Asy Syinqithi rahimahullah, "Difahami daripada firman Allah Ta'ala " Dan isteri anak kandungmu …" (QS. An Nisa: 23) bahawa isteri anak angkat tidak termasuk diharamkan, dan hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 4, 37,40´´ [Adlwaul Bayan 1/232]

Adapun bapak tiri dan bapak mertua akan dibahas pada babnya.

[2]. Anak Lelaki

Termasuk dalam kategori anak lelaki bagi wanita adalah: cucu, baik dari anak lelaki mahupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan keterangan di atas. Dan tentang anak tiri dan anak menantu akan dibahas pada babnya.

[3]. Adik beradik lelaki, Baik Sekandung, Sebapak Atau Seibu Sahaja.

[4]. Anak-anak saudara (anak buah)

Bbaik dari adik beradik lelaki mahupun perempuan dan anak keturunan mereka. [Lihat Tafsir Qurthubi 12/232-233]

[5]. Pakcik

Baik dari bapa atau pun dari ibu.
Berkata syaikh Abdul karim Zaidan;" Tidak disebutkan pakcik termasuk mahram dalam ayat ini (An-Nur 31) kerana kedudukan pakcik sama seperti kedudukan orang tua, bahkan kadang-kadang pakcik juga disebut sebagai bapak, Allah berfirman ;

"Adakah kamu hadir ketika Ya'kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya:"Apa yang kamu sembah sepeninggalku". Mereka menjawab:"Kami akan menyembah Tuhan-mu dan Tuhan bapak-bapakmu, Ibrahim, Isma'il, dan Ishaq, …". [Al-Baqarah :133]

Sedangkan Ismai'il adalah pakcik kepada putra-putra Ya'qub. [Lihat Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar;ah 3/159]

Bahawasannya pakcik termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama'. Hanya saja imam Sya'bi dan Ikrimah, keduanya berpendapat bahawa pakcik bukan termasuk mahram karena tidak disebutkan dalam ayat (An-Nur 31), juga kerana hukum pakcik mengikuti hukum anaknya." (Lihat tafsir Ibnu Katsir 3/267, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Qurthubi 12/155)

[B]. Mahram Kerana Penyusuan

Perbahasan ini dibahagi menjadi beberapa fasal:

[a]. Definisi Hubungan Penyusuan
Persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan syarat-syarat tertentu. [Al Mufashol Fi Ahkamin Nisa' 6/235]

Sedangkan persusuan yang menjadikan seseorang menjadi mahram adalah lima kali persusuan pada hadits daripada Aisyah radhiallahu `anha.

"Termasuk yang di turunkan dalam Al-Qur'an bahwa sepuluh kali persusuan dapat mengharamkan (pernikahan) kemudian dihapus dengan lima kali persusuan." [HR Muslim 2/1075/1452, Abu Daud 2/551/2062, Turmudhi 3/456/1150 dan lainnya) Ini adalah pendapat yang rajih di antara seluruh pendapat para ulama'. (lihat Nailul Author 6/749, Raudloh Nadiyah 2/175]

[b]. Dalil Hubungan Mahram Dari Hubungan Penyusuan.

Qur'an :
" … Juga ibu-ibumu yang menyusui kamu serta saudara perempuan sepersusuan …" [An-Nisa' : 23]

Sunnah :
Dari Abdullah Ibnu Abbas radliallahu `anhu berkata; Rasulullah shallallahu `alaihi wassalam bersabda :

"Diharamkan daripada penyusuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab." [HR Bukhori 3/222/2645 dan lainnya]

[c]. Siapakah Mahram Wanita Sebab Penyusuan?

Mahrom kerana sebab penyusuan seperti mahram dari nasab iaitu:


[1]. Bapak susuan (Suami ibu susu)
Termasuk juga datuk susuan aaitu bapak kepada bapak atau ibu susuan, juga bapak-bapak mereka ke atas.
[2]. Anak lelaki dari ibu susu
Termasuk di dalamnya adalah cucu dari anak susu baik lelaki mahupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
[3]. Saudara lelaki sepersusuan, baik kandung mahupun sebapak, atau seibu dulu.
[4]. Anak buah persusuan, baik dari saudara susu lelaki atau perempuan, juga keturunan mereka
[5]. Pakcik persusuan (Saudara lelaki bapak atau ibu susu)

(Lihat Al Mufashol 3/160 dengan beberapa tambahan)

[C]. Mahram Karena Mushoharoh

[a]. Definisi Mushoharoh
Berkata Imam Ibnu Atsir; " Shihr adalah mahram karena pernikahan." [An Niyah 3/63]

Berkata Syaikh Abdul Karim Zaidan; " Mahram wanita yang disebabkan mushoharoh adalah orang-orang yang haram bernikah dengan wanita tersebut selam-lamanya seperti ibu tiri, menantu perempuan, mertua perempuan. [Lihat Syarah Muntahal Irodah 3/7]

[b]. Dalil Mahram Sebab Mushaharoh
Firman Allah:

"Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka…." [An-Nur 31]

"Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu…" [An-Nisa' : 22]

"Diharamkan atas kamu (mengahwini) …ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isteri kamu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya;(dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu);,…[An-Nisa :23]

[c]. Siapakah Mahrom Wanita Dari Sebab Mushoharoh

Ada lima yakni :
[1]. Suami
Berkata Imam Ibnu Katsir ketika manafsirkan friman Allah Ta'ala surat An Nur 31:

"Adapun suami, maka semua ini (bolehnya menampakkan perhiasan, perintah menundukkan pandangan dari orang lain-pent-) memang diperuntukkan baginya. Maka seorang istri berbuat sesuatu untuk suaminya yang tidak dilakukannya dihadapan orang lain.: [Tafsir Ibnu Katsir 3/267]

[2]. Ayah Mertua (Ayah Suami)
Mencakupi ayah suami datuk dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka ke atas. [Lihat Tafsir sa'di hal 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]

[3]. Anak Tiri (Anak Suami Dari Isteri Lain)

Termasuk anak tiri adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri lelaki mahupun perempuan, begitu juga keturunan mereka [Lihat Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]

[4]. Ayah Tiri (Suami Ibu Tapi Bukan Bapak Kandungnya)
Maka haram bagi seorang wanita untuk dinikahi oleh ayah tirinya, kalau sudah berjima' dengan ibunya. Adapun kalau belum maka hal itu dibolehkan [Lihat Tafsir Qurthubi 5/74]

[5]. Menantu Laki-Laki (Suami putri kandung) [Lihat Al Mufashol 3/162]
Dan kemahroman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya. [Lihat Tafisr Ibnu Katsir 1/417]

[Disalin dengan sedikit diringkas dari: Majalah "Al Furqon", Edisi 3 Th. II, Syawal 1423, hal 29-32]

http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/27/kekeliruan-tentang-mahram/

ustaz kazim-akhlak.mpg

Monday, August 30, 2010

Thursday, August 26, 2010

sungai tembeling







ni lah 2 video yang sempat di rakamkan semasa perjalanan menaiki bot panjang dari jeti kuala tahan menuju ke kampung pagi, hulu tembeling.
perjalanan mengambil masa hampir sejam melalui 7 jeram ( kalau tak silap la ).memang mencabar dan menyeronokkan.masa kami lalu sini musim air banyak. jadi tak payah usung bot macam yg diceritakan oleh penduduk kg pagi.biasanya kalau musim kemarau air sungai ni akan cetek,maka apabila sampai kt tempat yg tak boleh lalu, para penumpang kena tolak bot ke tempat yang dalam. ada kala perjalanan sejam menjadi hampir sehari dek kerana terpaksa menolak bot.
kesian kat penduduk di kawasan pedalaman macam ni.pergerakan terbatas, kemudahan yang terhad. tapi mereka ini kuat semangat, sanggup mengharungi pelbagai kepayahan.
kita yang hidup dalam serba canggih, mewah, lengkap dan serba serbi ada patut bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan.


Wednesday, August 25, 2010

34 HADIS BERKAITAN RAMADHAN


1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh
berbuka.(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)

2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa?ad: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Manusia (ummat Islam) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. ( H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)

3. Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R.: Abu Daud dan Al-Hakiem)

4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi)

5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo'a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. ( H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)

6. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu ( yang
sudah terhidang ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R : Al-Bukhary )

8. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa'i )

9. Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh ). saya berkata : Berapa saat jarak antara keduanya ( antara waktu sahur
dan waktu Shubuh )?Ia berkata : Selama orang membaca lima puluh ayat. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

10. Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata : Adalah para sahabat Muhammad saw. adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur. ( H.R : Al-Baihaqi )

11. Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara kamu mendengar adzan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya ( makan/minum sahur ) daripadanya. (H.R : Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakiem )

12. Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata : Shalat telah di'iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. beliau
bertanya : Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah ? Beliau r.a menjawab : ya, lalu ia meminumnya. ( H.R Ibnu Jarir )

13. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap
malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur'an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan( cepat berbuat kebaikan ) daripada angin yang dikirim. (HR Al-Bukhary )

14. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata : Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang
shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )

15. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir ( bulan Ramadhan ) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah ) dan membangunkan istrinya ( agar beribadah ) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli istrinya ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

16. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata : Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir ( di bulan Ramadhan ) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. ( H.R : Muslim )

17. Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah saw di bulan Ramadhan ? maka ia menjawab : Rasulullah saw tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka'at baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya, caranya : Beliau shalat empat raka'at jangan tanya baik dan
panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka'at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka?at. ( H.R : Al-Bukhary,Muslim dan lainnya )

18. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka'at yang ringan, kemudian shalat delapan raka'at, kemudian shalat witir. ( H.R : Muslim )

19. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata : Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata : Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam ? Maka Rasulullah r. menjawab : Shalat malam itu dua raka'at dua raka'at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka'at. ( H.R : Jama'ah )

20. Dari Aisyah ra. ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw shalat di masjid, lalu para sahabat shalat sesuai dengan shalat beliau ( bermakmum di belakang ), lalu beliau shalat pada malam kedua dan para sahabat
bermakmum dibelakangnya bertambah banyak, kemudian pada malam yang ketiga atau yang keempat mereka berkumpul, maka Rasulullah saw tidak keluar mengimami mereka. Setelah pagi hari beliau bersabda : Saya telah tahu apa yang kalian perbuat, tidak ada yang menghalangi aku untuk keluar kepada kalian ( untuk mengimami shalat ) melainkan aku khawatir shalat malam
ini difardhukan atas kalian. Ini terjadi pada bulan Ramadhan. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

21. Dari Ubay bin Ka'ab t. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca : Sabihisma Rabbikal A'la )dan ( Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad ). ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i dan Ibnu Majah )

22. Diriwayatkan dari Hasan bin Ali t. ia berkata : Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir : ( artinya ) Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesehatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesehatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang
yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas
Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )

23. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda : Barang siapa yang shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )

24. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R : Muslim )

25. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka
Rasulullah saw. bersabda : Sayapun bermimpi seperti mimpimu, ( ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia ( lailatul qadar ) pada malam-malam ganjil. ( H.R : Muslim )

26. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar,apa yang saya harus baca pada malam itu ? Beliau bersabda : Bacalah ( artinya ) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R : At-Tirmidzi dan Ahmad )

27. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

28. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila hendak beri'tikaf, beliau shalat shubuh kemudian memasuki tempat
i'tikafnya.......... ( H.R :Jama'ah kecuali At-Tirmidzi )

29. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila beri'tikaf , beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali karena untuk memenuhi hajat manusia ( buang air, mandi dll... ) ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

30. Allah ta'ala berfirman : ( artinya ) Janganlah kalian mencampuri mereka( istri-istri kalian ) sedang kalian dalam keadaan i'tikaf dalam masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati... ( Al- aqarah : 187 )

31. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan :
" sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada di
tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

32. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan amalan kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat ( untuk menerima ) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. ( H.R: Jama'ah Kecuali Muslim ) Maksudnya Allah tidak merasa perlu memberi pahala puasanya.

33. Bahwa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar yang sering di panggil Ummu Sinan : Apa yang menghalangimu untuk melakukan haji bersama kami ? Ia menjawab : Keledai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya ) untuk berhaji bersama anaknya sedang yang lain di pakai untuk memberi minum anak-anak kami. Nabi pun bersabda lagi : Umrah di bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. ( H.R : Muslim)

34. Rasulullah sw. bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah umrah karena umrah di dalamnya (bulan Ramadhan ) setingkat dengan haji. ( H.R : Muslim)

Monday, August 23, 2010

aktiviti hari ni

pukul 7.00

p sekolah..ari ni awai skit sbb naik keta.tkut jalan jem..tau sbb apa mai naik keta?? sbb bwk keta p servis.nnti nk blik raya kt perglih.lg pn dh sampai masa kena tukaq minyak hitam dh..

pukul 7.35

sampai kt sekolah..perjalanan ambik masa 35 minit...mujuq kluaq awai td, klu lmbt alamtnya pukui 8 br sampai sekolah.

pukul 7.40

ambik quran mengaji skit untuk tmbh pahala...lebih2 lg dalam bulan Ramadahan ni kita kena buat amal ibadat sebanyak mungkin sebagai bekalan kita di akhirat sana.

pukul 8.00

loceng bunyi..krriiiiiiiiingggggggggggggggg..tndanya kena masuk klas.aku pn msuk la....ngajaq apa yg patut.cukup masa aku pn kluaq...on time tu....sharp..jgn bazirkan masa anda kerana masa itu emas.

pukul 9.05

masuk dalam bilik guru on laptop, buka fb sat...tengok ada komen terbaru ka xdak...sat ja ..lebih kurang 15 minit. pas tu aku kemas laptop n brg2 yg lain sbb 9.30 aku nk kluaq.

9.30

punch kad n drive menuju ke pusat servis toyota... smpai dekat2 kul 10.smpai trus dftr. aku tggu turn aku..dok sat ada sorg supervisor pggil nama aku ( glamer jgk no )hehe...aku bwk dia p kt keta, hbq apa yg patut. lepas tu aku msuk blik dalam tempat menunggu.sambil menunggu, aku post la kisah aku setakat la ni..1/2 jam lg siap la kot....
anggaran third servis ialah RM210.00 huhu....nk x nk kena kluaq la jgk...

penutup

aku hrp keta dpt menjalankan tugasnya dgn baik iaatu membawa tuannya ke destinasi yg di tuju tanpa meragam dan selamat..
sehingga kita berjumpa lg pada hari dan waktu yg sama pada minggu hadapan dalam rancangan.......... aku pun x tau ...
wassalam...

Tuesday, August 17, 2010

cara nak menghangatkan suasana raya....






haha.....main bunga api...
adik yg punya tp abg dan kakak2 yg lebih2....
bukannya apa, adik takut nk cucuh...








bes gak main mercun gasing...ligat berputar di udara..
dari kecik smpai besaq xpenah main mercun yg mahai2...tau sebab pa..ayah x bagi..klu dia tau anak2 dia ada dan main mercun mahai, alamatnya siap lah kami adik beradik..
paling mahai pernah main mercun bola.. tu pn mntk 2 3 bijik kt jiran sblh umh
( arwah cik Dan )





ni gambaq family raya 2009..bang d n k.ngah x blik...aku pn time ni single lg..hehe...tahun ni aku dh ada pasangan, nnti aku nk ambik gmbr byk2....












harap2 tahun ni aku dapat rasai suasana mcm ni dgn family... seronoknya...

Tuesday, August 10, 2010

fadhilat solat tarawih

  • Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
  • Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
  • Malam 3: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  • Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  • Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
  • Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Malam 10: Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
  • Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
  • Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16: Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
  • Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
  • Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
  • Malam 23: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
  • Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
  • Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
  • Malam 29: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
  • Malam 30: Allah S.W.T. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.

Monday, August 9, 2010

Ahlan Wa Sahlan

ahlan wa sahlan ya Ramadhan al mubarak..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan
kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun
puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada
sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah
Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan,
Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari.
(Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata
dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk
meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu
pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70
bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,
pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan
dari api neraka"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa,
baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika
menghadap Ilahi"

sambungan

ni la dia antara barang baby yg dah dibeli...

( 1 )

peralatan mandi jenama pureen wangi.....( promosi ni...)

( 2 )
baju Baby Kiko
( beli time sale...dapat la murah skit...)

( 3 )

bekas botol susu, puting & tisu basah


rasanya cukup la sekadar 3 keping gambar untuk tatapan kawan2 pengunjung. banyak2 nnti x seperais la kan??
ok, sehingga bertemu lg di episod akan datang dalam rancangan....aku pun x tau...
wassalam....




Sunday, August 8, 2010

persediaan

assalamualaikum.....

apa khabar semua & salam 1 malaysia...sekarang ni aku dan isteri sibuk dok mikir dan membeli barang2 keperluan untuk menyambut kelahiran anak sulung kami yg di jadualkan 12/11/2010 nanti. walaupun tarikh tu msih lambat, tp kita kena lah buat persiapan seawal mungkin kan.... mana la tau dia nk kluaq awai ka...beli awai2 simpan di tempat selamat...jgn sampai tikus gerik dh la..hehe..satu lg sbb beli awai ni, la ni org rumah kuat lg, nnti dh sarat susah la nk p beli. nk harap laki mmg x bleh harap. salah beli wat rugi jaa...

ni pun msih byk yg perlu di beli..dok tanya la jgk kt kwn2 yg dh ada pengalaman nk sambut baby sulung.depa kata ok, go on..tp jgn berlebih 2 dah la..aku akan ingat semua tu..nanti aku upload gmbr barang2 baby yg dh dibeli...ok, jumpa lg minggu depan pada waktu & hari yang sama dalam rancangan........aku pun x tau...tata..titi...tutu..
wassalam...


Sunday, August 1, 2010

Sunnah Orang Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

vios 1.5 AT

Alhamdulillah....Allah bagi rezeki lebih.
boleh la rasa naik kereta yang selesa sikit. tapi AWAS!!! jangan xbyr bulan2 sudah...
moral : berjimat cermat dalam menguruskan perbelanjaan keluarga. berhemah ketika berbelanja...



Thursday, July 29, 2010

Kasih Si Kecil

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”

Moral:

Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu.

Wednesday, July 28, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Mutiara Kata

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
abstract nature Pictures, Images and Photos

feda rimba mas

e-jawi i Frame